Monday, November 30, 2020

SK DENDANG BERWAJAH BARU 2020

     Hasil kerja keras semua cikgu-cikgu SK Dendang yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Soffe bin Mahmud ( Guru Besar ) dan barisan Pentadbiran SK Dendang. 







Tuesday, September 22, 2020

PROGRAM BUBUR ASYURA ( SARANA SEKOLAH DAN IBU BAPA )

   Pada hari Selasa 22 September 2020 SK Dendang bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asyura dengan kerjasama daripada PIBG SK Dendang.Hari Asura atau sering kita kenal dengan hari Asyura (Bhs. Arab), adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada hari tersebut  Allah SWT telah menentukan banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan agama tauhid.

Sejarah Asal Bubur Asyura

        Menurut  sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”.Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.






klik disini untuk melihat lebih banyak gambar semasa program berlangsung : https://www.facebook.com/media/set?vanity=PageSKDendang&set=a.10158055157094531

Sunday, September 20, 2020

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DALAM NORMAL BARU 2020

Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Kementerian Pendidikan Malaysia, antara agensi utama kerajaan, perlu mendidik dan membina generasi muda supaya mereka

mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.


klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di sepanjang program hari kemerdekaan : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=PageSKDendang&set=a.10158036554634531




Tuesday, July 28, 2020

2020 - MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH

UITM DUNGUN - Pada 13 Julai lepas berlangsungnya satu majlis perpisahan bagi menghargai jasa guru-guru yang akan berpindah dalam tahun ini. Majlis diadakan di Hotel UITM , Dungun dihadiri Wakil PPD Dungun, semua guru dan kakitangan SKDD, YDP dan NYDP PIBG.

   Setiap Bidang mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para guru berpindah sebagai tanda penghargaan. Guru yang akan berpindah termasuklah Cg. Mohd Ridhuan bin Ishak, Cg. Khairuddin bin Ismail, Cg. Mohamad Zawari bin Mohamad, Cg. Hartini bin A.Rahman, Cg. Normazni binti Salim, Ustazah Siti Fatimah binti Yakub, Ustazah Roha binti Mat Da, Ustazah Noraini binti Ramli, Ustazah Khamisah binti Muda, dan En. Jamaluddin bin A.Rahman yang bersara pilihan pada 2 April 2020.. Ini merupakan satu kehilangan besar buat warga SKDD kerana sumbang khidmat mereka terhadap kejayaan sekolah sukar di cari ganti. Untuk makluman, Cg. Mohd Ridhuan bin Ishak merupakan guru Penolong Kanan Pentadbiran. Cg. Khairuddin bin Ismail merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cg. Mohamad Zawari bin Mohamad merupakan Guru Pendidikan Islam. Cg. Hartini bin A.Rahman Merupakan guru Bahasa Melayu. Cg. Normazni binti Salim merupakan guru Matematik. Ustazah Siti Fatimah binti Yakub, Ustazah Roha binti Mat Da, Ustazah Noraini binti Ramli, Ustazah Khamisah binti Muda merupakan ustazah KAFA sesi Petang.Manakala En. Jamaluddin bin A.Rahman merupakan Pembantu Operasi N11 yang bersara pilihan pada 2 April 2020.

     Akhir kata , kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.







Monday, July 13, 2020

LAWATAN PENANDA ARAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA & AJK SK DENDANG KE SK LADANG GAJAH MATI, DUNGUN TERENGGANU.


Pada 13 Julai 2020 Rombongan Lawatan Penanda Aras guru-guru SK Dendang ke SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu. Rombongan ini telah diketuai oleh Cg Norhatikah Binti Abdullah  yang merupakan Guru Perpustakaan Media di SK Dendang. Turut hadir bersama ialah Guru Besar Tuan Haji Ahmad Soffe bin Mahmud, Penolong Kanan Pentadbiran Cg Azaizuddin Bin Ismail@Abdullah.  Seramai 14 orang guru yang merupakan AJK Pusat Sumber Sekolah SK Dendang   turut menyertai lawatan tersebut.

Program Penanda Aras merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk mempelajari budaya kerja dan strategi cemerlang sesebuah organisasi.

Antara objektif lawatan mereka adalah seperti berikut :

OBJEKTIF

  • Meningkat kecemerlangan dan budaya kerja dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media.
  • Membuka ruang kepada semua pihak untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berfikir dengan membina rangkaian persahabatan dan kerjasama pendidikan dengan rakan sealiran.
  • Menghasilkan GPM yang mantap, berdaya saing (Kompetitif) dan tahan lasak (resilient) dalam menghadapi cabaran Global.
  • Membuka minda kepimpinan dan pengurusan GPM dengan mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.
  • Meningkatkan kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah


Sehubungan dengan itu, program  penanda aras ini diharap akan lebih memantapkan hubungan baik sesama Guru Perpustakaan Media dan AJK Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja itu, secara langsung akan membuka ruang perkongsian pengurusan Pusat Sumber dan pengalaman pendidikan yang efektif. Melalui program ini juga peserta program dapat berkolaborasi dalam meningkatkan kemahiran kendiri Guru Perpustakaan Dan Media melalui pertukaran pengalaman dan kajian pembangunan Pusat Sumber secara lebih terancang dan profesional.

Warga SK Dendang mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu kerana sudi menerima rombongan dari pihak kami .


DiHadapan Mercu Tanda SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu


Perkongsian Maklumat dalam Skop Pentandingan PSS Sekolah




 Penyampaian Cenderahati Guru Besar SK Ladang Gajah Mati Kepada Guru Besar SK Dendang


Penyampaian Cenderahati Guru Besar SK Dendang Kepada Guru Besar SK Ladang Gajah Mati, Dungun Terengganu

Monday, April 13, 2020

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.


Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Monday, March 9, 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021 KPM ONLINE

Cara Daftar Murid Ke Prasekolah KPM Tahun 2021 Secara Online Dan Manual. Bila tarikh buka dan tutup permohonan kemasukan Prasekolah 2021 KPM? Panduan buat Ibu Bapa
atau penjaga yang mempunyai anak atau jagaan yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017. Anda boleh membuat pendaftaran kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bagi tahun prasekolah 2021 bermula tarikh 1 Mac 2020

Terdapat 2 kaedah permohonan Prasekolah iaitu secara dalam talian dan secara pengisian borang secara manual melalui sekolah yang dimohon. Sistem aplikasi e-Prasekolah online yang dibangunkan oleh KPM akan memudahkan ibubapa atau penjaga dalam mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian sekaligus memudahkan dan menjimatkan masa.


Borang Pendaftaran Permohonan Secara Online/ Manual Untuk Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2021

Berikut dikongsikan panduan cara membuat pendaftaran permohonan kemasukan Prasekolah 2021 KPM. Ibu bapa atau penjaga kini mempunyai dua pilihan dalam mendaftarkan anak/ jagaan ke kelas prasekolah tahun 2021 iaitu secara online atau manual

Tarikh Permohonan Prasekolah 2021

  • 1 Mac hingga 30 April 2020 ( Secara atas talian )
  • 1Mac hingga 31 Mei 2020 ( Secara Manual )
Tarikh Permohonan Prasekolah 2020


  • 1 Mac hingga 30 April 2019 ( Secara atas talian )
  • 1Mac hingga 31 Mei 2019 ( Secara Manual )
Ibu bapa atau penjaga adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan kemasukan mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan diatas bagi mengelak sebarang masalah dalam permohonan.

Aplikasi Sistem Pendaftaran dan Permohonan Pra Sekolah Online 2021

Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah boleh diakses melalui pautan berikut:

  • e-Prasekolah
  • Pengguna yang baru ( Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu ( Daftar Pengguna ) untuk mengakses sistem borang permohonan online.
  • Hanya ibubapa/penjaga sahaja dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
Untuk mendapatkan panduan penggunaan, pemohon boleh merujuk kepada
Berikut adalah proses permohonan murid ke Prasekolah KPM secara online buat panduan pemohon:
Permohonan Prasekolah Secara Manual

Ibubapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila hadir sendiri ke sekolah yang ingin dipohon bermula dari tarikh buka dan tutup permohonan yang dinyatakan. Carian senarai sekolah hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah.

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM

Sebelum memohon, sila pastikan anak/jagaan anda melepasi syarat permohonan seperti berikut:
  1. Kanak-kanak berwarganegara malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hinggan 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
  3. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
Maklumat Lanjut Pendaftaran Murid Ke Prasekolah 2021

Ibubapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian ( Online) perlu mencetak bukti borang permohonan online berkenaan. Borang perlu dihantar beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2020.

Semakan status Keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama ( e-Prasekolah ) pada tarikh 5 Ogos 2020 ( Tertakluk kepada perubahan )

Untuk Bantuan Helpdesk, sila rujuk atau hubungi :-
  1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( Sektor Penggurusan Prasekolah )
  2. Jabatan Pendidikan Negeri ( Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah )
  3. Pejabat Pendidikan Daerah ( Pegawai Prasekolah )
Atau. Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my

Selamat membuat pendaftaran permohonan murid untuk kemasukan Prasekolah KPM sesi 2021 online dan manual. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan kemasukan Prasekolah tahun 2021.


Login Sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2021 / 2022




Sekiranya anak-anak anda bakal memasuki Darjah 1 tahun depan, ibu bapa / penjaga mestilah membuat pendaftaran online Tahun 1 ambilan 2021 / 2022 bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup 30 April 2020.

Pendaftaran murid tahun 1 ini boleh dibuat di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Pengurusan Sekolah KPM yang terbaru.

sila klik link ni untuk mendaftar tahun 1 2021/2022 : https://public.moe.gov.my/