Tuesday, September 24, 2019

PROGRAM BUBUR ASYURA ( SARANA SEKOLAH DAN IBU BAPA )

        Pada hari Selasa 24 September 2019 SK Dendang bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asyura dengan kerjasama daripada PIBG SK Dendang.Hari Asura atau sering kita kenal dengan hari Asyura (Bhs. Arab), adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada hari tersebut  Allah SWT telah menentukan banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan agama tauhid.





Sejarah Asal Bubur Asyura

        Menurut  sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”.Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


 Lawatan daripada Pegawai PPD Dungun


Sunday, September 22, 2019

PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

       Pada 19 September 2019, Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2019 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Tuan Hj. Ahmad Soffe Bin Mahmud, Guru Besar SK Dendang. Objektif majlis ini diadakan adalah supaya anak-anak muda mengingati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjuang demi mendapatkan kemerdekaan negara.

       Para pemenang telah menerima hadiah bagi setiap pertandingan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan. Sebagai penutup majlis, seluruh warga SK Dendang telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat cinta akan negara..

       Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SK Dendang, NYDP PIBG, AJK PIBG dan Ibu Bapa yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019..





klik disini untuk lihat gambar yang lain: https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10156966181079531


Sunday, September 15, 2019

SOLAT HAJAT DAN KEM GERAK GEMPUR UPSR 2019

Telah diadakan pada 29 Ogos 2019-31Ogos 2019



SESI BERGAMBAR 2019

Telah diadakan pada awal bulan ogos 2019.. semua Guru,AKP dan murid diwajibkan bergambar kenangan bersama-sama pentadbiran 2019.
  Guru, AKP dan Pentadbiran Tahun 2019
 Anggota Kumpulan Sokongan Bersama Pentadbiran 2019
 Pengawas Sekolah Bersama Pentadbiran 2019
Pegawas Pusat Sumber Sekolah Bersama Pentadbiran 2019

klik disini untuk melihat lebih banyak lagi gambar :