Thursday, April 16, 2015

Sambutan Hari Lahir Bulan Jan, Februari & Mac

Pada 6 April 2015, Kelab Guru & Kakitangan (KEGUKAS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Bulan Jan, Februari & Mac untuk guru dan kakitangan SK Dendang. Seramai 11 orang yang diraikan pada majlis tersebut. Selamat hari lahir diucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dalam rahmat dan bimbingan Allah. Semoga pertambahan usia selari dengan kematangan diri dari segala aspek, bertambahnya ilmu pengetahuan dan meningkatnya amal kebaikan.

Menu utama mee celup

Kek hari lahir

Selamat hari lahir...

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

Tuesday, April 14, 2015

Perlawanan Hoki Peringkat Zon Bukit Besi

Pada 7 April 2015, SK Dendang telah menjadi tuan rumah perlawanan hoki peringkat zon Bukit Besi. Perlawanan ini disertai SK Dendang, SK Bukit Besi dan SK Jongok Batu. Perlawanan ini diadakan di Padang SMK Jerangau kerana kemudahan padang di SK Dendang tidak lengkap. Keputusan perlawanan, SK Bukit Besi menyandang johan untuk hoki lelaki dan hoki perempuan manakala SK Dendang menjadi naib johan manakala untuk hoki lelaki dan SK Jongok Batu menjadi naib johan untuk hoki perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Pasukan perempuan SK Dendang

Perlawanan hoki sedang berlangsung antara SK Dendang (oren) dan SK Bukit Besi(putih)
Sesi taklimat sebelum perlawanan

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang