Sunday, November 20, 2016

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN ( HI-TEA ) DAN SAMBUTAN HARI LAHIR JULAI-DISEMBER 2016

Majlis ini telah diadakan di Mayang Sari Resort, Dungun Terengganu pada 18 November 2016.. Semua Guru termasuk Guru KAFA dan Kakitangan Sekolah turun hadir bagi menjayakan Majlis Minum Petang bagi pengakhiran Tahun 2016 ini.


Ucapan dari tuan Guru Besar En. Abdullah Bin Salleh



Sebahagian daripada Warga SKDD


Ucapan dari Pengurusi KEGUKAS En. Muhamad Zawari Bin Muhamad



Sambutan Hari Lahir Julai - Disember 2016 

Monday, October 31, 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 PADA 18 - 20 OKT 2016

Kejohanan ini merupakan medan  terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat  pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang  dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.


Majlis Perasmian Oleh Tuan Guru Besar En. Abdullah Bin Salleh

Kontinjen Rumah-rumah Sukan 2016
Larian 100meter Lelaki
Penyampaian Hadiah Pada Pemenang.

>>Sila Klik Facebook SK Dendang untuk lihat gambar seterusnya

Tuesday, September 20, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 1 September 2016 (Khamis), SK Dendang telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Gemilang. Antara objektif yang ingin dicapai  :
  • Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
  • Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
  • Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu-padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
  • Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
Turut diadakan Pertandingan Peringkat Akhir sempena  Sambutan Hari Kemerdekaan ialah :
  1. Deklamasi Sajak
  2. Pakaian Beragam
  3. Basikal Berhias
  4. Pertandingan Menghias Kelas
  5. Nyanyian Lagu Patriotik
Perasmian Sambutan Kemerdekaan, ucapan dan permulaan sambutan

Warna warni sempena Bulan Kemerdekaan

>> Sila klik untuk lihat gambar-gambar yang lain di facebook SK Dendang

Tuesday, August 30, 2016

MAJLIS PELANCARAN 40 HARI MENJELANG UPSR & LINUS 2.0 T-Care

Pada 27 Julai 2016, SK Dendang telah mengadakan Majlis Pelancaran 40 Hari Menjelang UPSR & LINUS 2.0 T-Care bertempat di Dewan Gemilang, SK Dendang.

Program 40 Hari Menjelang UPSR
Program ini dijalankan di peringkat sekolah dan turut menjemput Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, semua ibubapa dan murid. Program Motivasi turut diadakan oleh Pegawai PPD Dungun. Kata-kata hikmah dan banner ditampal di kawasan sekolah untuk menyuntik semangat kepada murid Tahun 6. Bacaan yassin tiap-tiap pagi dan kelas tambahan petang dan malam berfokus turut diadakan sebagai persediaan terakhir sebelum UPSR.

LINUS 2.0 T-Care
LINUS2.0 T-Care ialah satu intervensi yang diperkenalkan oleh JPNT (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu) untuk memperkasakan Program LINUS 2.0 Kementerian Pelajaran Malaysia. T-Care membawa maksud T- Terengganu dan Care - loghat terengganu - jaga / cakna / ambil berat. Program LINUS diperluaskan skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun ini dan dikenali sebagai program LINUS 2.0. ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi Bahasa Inggeris dikalangan murid Tahap 1.

Matlamat LINUS T-Care ialah supaya semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhirnya persekolahan tahap 1. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012

Program sedang bermula
Pegawai PPD Dungun yang merasmikan Program Pelancaran 40 Hari Menjelang UPSR & LINUS 2.0 T-Care
Perasmian program
Ikrar murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR
Penyampaian Sjil kepada guru yang terlibat untuk LINUS 2.0 T-Care kepada guru & murid yang terlibat
Penyampaian Sjil kepada guru yang terlibat untuk LINUS 2.0 T-Care kepada guru & murid yang terlibat

Tuesday, August 9, 2016

Sambutan Hari Raya Tahun 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Julai 2016 di Dewan Gemilang SK Dendang. Majlis ini melibatkan seluruh warga sekolah untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Kemuncak majlis pada kali ini menyelitkan majlis perpisahan guru iaitu Cikgu Abu Seman Bin Mat Salleh, YM Abi Ghufran Bin Syed Ahmad dan Rabiatul Nasuha Bin Mohd Jali. Salam Aidilfitri dari warga SK Dendang. #SyukurSelalu
Pembahagian duit raya kepada pelajar SK Dendang

Sambutan Hari Raya di SK Dendang
Kemeriahan Syawal masih dirasai
Sambutan Hari Lahir untuk Bulan Julai. Selamat Hari Lahir buat Cikgu Haida, Cikgu Aishah, Cikgu Abu & Ustaz Parurozi.
Majlis Perpisahan buat Cikgu Abu Seman Bin Mat Salleh yang bertukar ke SK Gong Pasir, Ustaz Syed Abi Ghufran Bin Syed Ahmad yang bertukar ke SK Wakaf Mempelam dan Ustazah Rabiatul Nasuha Bin Mohd Razali menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Kafa dan bertugas di Yayasan Islam Terengganu sebagai Penyelia Kafa.

>> Sila klik untuk lihat gambar-gambar yang lain di facebook SK Dendang

Tuesday, May 31, 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2016

Assalamualaikum.
Tanggal 16 Mei 2016, SK Dendang telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Acara padang & sukaneka dimulakan dahulu dan diikuti dengan acara dewan. Tema Hari Guru tahun ini Guru Pembina Negara Bangsa. Selamat Hari Guru....Saya Sayang Cikgu...

Tokoh Guru 2016. Tahniah!
Perlawanan Bola Jaring
Perlawanan Bola Sepak
Sambutan Hari Lahir
Barisan guru SK Dendang

>> Sila klik fb SK Dendang untuk lihat gambar-gambar lain 









Tuesday, April 19, 2016

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016 PERINGKAT SEKOLAH

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

PERLAKSANAAN :

HARI PERTAMA - 04 April 2016 (Selasa) 
- Pelancaran Program KM1M
- Kuiz Bahasa Melayu (Tahap 2)
- Kuiz PSS (Tahap 1)
Taklimat Program KM1M
Pelancaran Program KM1M
Kuiz Bahasa Melayu oleh Panitia BM
Membaca 30 minit

HARI KEDUA - 05 April 2016 (Rabu)
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Treasure Hunt.

Pertandingan Mewarna
Taklimat Pembahagian Kumpulan untuk Treasure Hunt
HARI KETIGA -  06 April 2016 (Khamis)    
- Pertandingan Meneka Bilangan Muka Ssurat – Murid dan Guru.
- Pemilihan Pengunjung PSS Bertuah
- Pemilihan Peminjam Terbanyak 
- Penyampaian Hadiah Pengunjung PSS Bertuah


Pertandingan Meneka Bilangan Mukasurat


Tuesday, March 29, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31 2016/2017

Assalamualaikum....
Pada 23 Mac (Rabu) yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 Sesi 2016/2017.
Majlis bermula pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dirasmikan oleh Dato' Haji Din Bin Adam (Pegawai Pembangunan Dungun). Turut hadir, Timbalan PPD Dungun, En Abdul Mubin Bin Ismail.
Sesi Pendaftaran
Dari kiri :Timbalan PPD Dungun : En Abdul Mubin Bin Ismail, Tuan Guru Besar : En. Abdullah Bin Salleh dan Dato' Haji Din Bin Adam : Pegawai Pembangunan Dungun 
Mesyuarat PIBG sedang berlangsung

Barisan ibu-ibu

>> Sila klik fb SK Dendang untuk lihat gambar



Wednesday, March 2, 2016

Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016

Pada 23 Februari (Selasa), telah diadakan Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan : Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016. Program ini berjalan serentak seluruh negeri Terengganu. SK Dendang mengadakan perarakan sekitar sekolah dan berakhir di Tanah Perkuburan SK Dendang. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan menyertai dalam perarakan, turut diadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan. Markah turut diberikan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pasukan Pandu Puteri Tunas telah menjadi johan, pasukan Pengakap merangkul tempat kedua diikuti Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.


Taklimat sebelum perarakan
Perarakan sekitar Kampung Dendang
Gotong-royong di tanah perkuburan

Sesi penyampaian hadiah
Program selesai

Tuesday, February 23, 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber

Assalamualaikum W.B.T...
Pada 28 Januari (Khamis) yang lalu telah diadakan Majlis Watikah Pengawas & Pengawas Pusat Sumber di Dewan Gemilang, SK Dendang. Majlis ini dirasmikan oleh En. Mokhtar Bin Mohd Nor, Pegawai Latihan Pusat Koreksional Dungun. Tahniah diucapkan kepada yang dilantik dan selamat menjalankan tugas dengan baik.

Barisan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber menyambut ketibaan En. Mokhtar Bin Mohd Nor

 En. Mokhtar Bin Mohd Nor, Pegawai Latihan Pusat Koreksional Dungun yang merasmikan majlis.

Penyerahan Sijil Lantikan

Bacaan ikrar
Pengawas & Pengawas Pusat Sumber

>> Sila klik facebook SK Dendang untuk lihat lagi gambar


Sunday, January 24, 2016

Permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2016 SK Dendang

Assalamualaikum...W.B.T..
Wajah baru & semangat baru warga SK Dendang 2016. Semoga kejayaan milik kita.

Ayuh bangun bangun
Anak-anak SK Dendang
Berikan segalanya
Kejayaan dicipta

Kibarkan bendera kini
Semboyang dah berbunyi
Kita bersatu padu menjayakan misi dan visi
Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Kulit Buku Pengurusan Tahun 2016
Murid Pra Permata Hati
Murid Tahun 1 Sarjana
Murid Tahun 2 Karisma
Murid Tahun 3 Dinamik
Murid Tahun 4 Dominan
Murid Tahun 5 Dedikasi
Murid Tahun 6 Inovasi
Murid PPKIBP Nur Jannah
Murid Pemulihan Khas