Tuesday, March 29, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31 2016/2017

Assalamualaikum....
Pada 23 Mac (Rabu) yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 Sesi 2016/2017.
Majlis bermula pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dirasmikan oleh Dato' Haji Din Bin Adam (Pegawai Pembangunan Dungun). Turut hadir, Timbalan PPD Dungun, En Abdul Mubin Bin Ismail.
Sesi Pendaftaran
Dari kiri :Timbalan PPD Dungun : En Abdul Mubin Bin Ismail, Tuan Guru Besar : En. Abdullah Bin Salleh dan Dato' Haji Din Bin Adam : Pegawai Pembangunan Dungun 
Mesyuarat PIBG sedang berlangsung

Barisan ibu-ibu

>> Sila klik fb SK Dendang untuk lihat gambar



Wednesday, March 2, 2016

Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016

Pada 23 Februari (Selasa), telah diadakan Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan : Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016. Program ini berjalan serentak seluruh negeri Terengganu. SK Dendang mengadakan perarakan sekitar sekolah dan berakhir di Tanah Perkuburan SK Dendang. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan menyertai dalam perarakan, turut diadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan. Markah turut diberikan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pasukan Pandu Puteri Tunas telah menjadi johan, pasukan Pengakap merangkul tempat kedua diikuti Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.


Taklimat sebelum perarakan
Perarakan sekitar Kampung Dendang
Gotong-royong di tanah perkuburan

Sesi penyampaian hadiah
Program selesai