Thursday, November 28, 2019

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2020

Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2020
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 8.30pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Dendang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat 09-8385924

Thursday, November 21, 2019

Majlis Jamuan Hi Tea Akhir Tahun 2019

Pada 20 November 2019  bersamaan hari Rabu telah diadakan suatu jamuan hi tea di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jamuan hi tea ini adalah suatu majlis tahunan yang diadakan sebagai jamuan penutup bagi sesi tahun 2019.



Bacaan Doa Oleh Ustaz Muhamad Zawari Bin Muhamad


Ucapan Dari Pengerusi KEGUKAS- Cikgu Hafizul Bin Ahmad


Ucapan Dari Penasihat KEGUKAS- Cikgu Khairuddin Bin Ismail


Ucapan Dari Guru Besar- Ustaz Ahmad Soffe bin Mahmud


Ucapan perpisahan dari Ustaz Muhamad Zawari Bin Muhamad




HARI APRESIASI PENDIDIKAN 2019

Hari Apresiasi pendidikan merupakan agenda tahunan SK Dendang bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, majlis ini juga adalah medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.

Tarikh : 18.11.2019 ( Isnin)
Masa : 9.00pg-1.30 Petang
Tempat : Dewan Gemilang SK Dendang.







klik disini untuk lihat lebih banyak gambar: 

Sunday, November 17, 2019

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKDD 2019

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Dendang di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 3 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di Kawasam Sekolah Kebangsaan Dendang, Dungun. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di Dewan sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.

Tarikh / Hari kejohanan
Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:
Hari       : Khamis dan Jumaat 
Tarikh  : 14 dan 15 November 2019




klik disini untuk melihat lebih banyak gambar : https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10157127657124531


Wednesday, November 13, 2019

Jamuan Akhir SK Dendang, 2019

Pada 13 November 2019, tercipta satu lagi kenangan buat murid-murid SKDD. Majlis Jamuan Akhir Tahun ini diadakan di Dewan Gemilang SKDD.  Pelbagai makanan disajikan tidak kurang juga persembahan nyanyian dari murid-murid tahun 6. Persembahan ini merupakan salah satu hasil daripada aktiviti Program Pasca UPSR 2019. Harapan agar majlis ini dapat menjadi satu kenangan manis buat semua warga SKDD khasnya calon-calon UPSR 2019.

Harapan agar majlis yang diadakan ini dapat merapatkan ukhuwah antara semua warga SKDD.





Klik sini untuk lihat lebih banyak gambar https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10157115600909531

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1441H/2019M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1441H/2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan pada 15 Rabiulawal 1441H bersamaan 12 November 2018 (selasa) bertempat di Dewan Gemilang SK Dendang dan di rasmikan oleh Cikgu Khairuddin bin Ismail ( Penolong Kanan Kokurikulum ).

Program dimulakan dengan perarakan pada jam 8.30pg bagi semua murid SK Dendang yang diketuai oleh Ustaz Roman bin Mat Taib. Program ini juga melibatkan semua wakil PIBG Sekolah 2019.



Ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya..