Tuesday, September 3, 2013

Ihtifal Aidilfitri

Assalamualaikum..
Majlis Ihtifal Aidilfitri SK Dendang telah diadakan pada hari Isnin, 26 Ogos 2013 bertempat di Dewan Gemilang. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada warga SK Dendang yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Di sini disertakan beberapa keping gambar sempena program Ihtifal Aidilfitri.

Latar belakang program
Guru melayan pelajar untuk mengambil makanan
Tetamu disajikan dengan buah-buahan tempatan
Guru Besar bergambar dengan tetamu

>> Sila klik facebook SK Dendang untuk gambar-gambar lain

Sunday, August 4, 2013

Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran

Assalamualaikum...
Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah diadakan pada 1 Ogos 2013, Khamis.
Gambar di bawah merupakan aktiviti sepanjang program tersebut :

Ihya Ramadhan SK Dendang

Khatam Al-Quran
Sesi bersalam antara murid dan guru

Warga SK Dendang

Sila klik untuk lihat gambar di page FB SKDendang.


Sunday, July 21, 2013

Ramadhan Di SK Dendang

Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan bulan yang semulia...Di sini dititipkan beberapa keping gambar sepanjang bulan ramadhan di SK Dendang...Selamat menjalani ibadah puasa daripada warga SK Dendang...

Ustaz Parurozi menyampaikan ceramah bertajuk "Awal Ramadhan"

Pertandingan kuiz dikalangan murid.

Persediaan untuk iftar Ramadhan pada 19 Julai 2013.

Selamat berbuka puasa....

Sila klik untuk lihat koleksi gambar di facebook ketika Bulan Ramadhan


Tuesday, June 11, 2013

PROJEK FERTIGASI GANTUNG TAHUN 2013 PPKI – BP

Projek Fertigasi ini merupakan projek sulung untuk kelas Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Projek tanaman timun batang ini diusahakan oleh En. Mohd Ruslan Bin Mokhtar, En. Zulfadzli Bin Supaat dan Cik Sarimah Binti Musa@Isa. Projek ini menelan kos sebanyak RM 2500. Projek ini bermula 3 Februari 2013 sehingga sekarang.

Label Projek Tanaman

13 - 14 Februari 2013 -Proses menggantung dan menyediakan 'polybag'.

24-26 Februari - Proses menggantung dan mengikat tali gantung


Pelajar turut membantu menyediakan polybag



Timun batang 

Hasil tuaian pertama


Sunday, May 19, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013. Guru Malaysia : 1 Aspirasi : 1 Agenda

Sekolah Kebangsaan Dendang telah menyambut hari guru pada 16 Mei yang lalu. Antara acara yang diadakan ialah perlawanan bola jaring untuk guru dan murid perempuan dan perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan perempuan. Sukaneka antara guru turut diadakan. Acara ini berakhir pada jam 10 pagi dan seterusnya majlis bacaan perutusan hari guru, penyampaian hadiah dan persembahan murid dan guru. Majlis ini turut meraikan En. Muhammad Saufi Bin Rozlan yang merupakan juruteknik komputer. Beliau telah bertukar ke SK Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu.
Bacaan yassin dan tahlil

Pasukan bola jaring dan bola sepak

Perlawanan bola jaring

Perlawanan Bola Sepak

Acara Sukaneka

Acara Berebut Kerusi

Nyanyian oleh guru-guru


Penyampaian hadiah kepada En. Saufi

Sila klik untuk lihat gambar di Facebook SK Dendang

Wednesday, March 20, 2013