Wednesday, April 14, 2021

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2021

        Pada 11 April 2021 sekolah telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Peringkat Sekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. 

        Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Koperal Mohd Rizam bin Mohd Dah dari Balai Polis Jerangau, Dungun, Terengganu.