Tuesday, September 20, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 1 September 2016 (Khamis), SK Dendang telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Gemilang. Antara objektif yang ingin dicapai  :
  • Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
  • Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
  • Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu-padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
  • Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
Turut diadakan Pertandingan Peringkat Akhir sempena  Sambutan Hari Kemerdekaan ialah :
  1. Deklamasi Sajak
  2. Pakaian Beragam
  3. Basikal Berhias
  4. Pertandingan Menghias Kelas
  5. Nyanyian Lagu Patriotik
Perasmian Sambutan Kemerdekaan, ucapan dan permulaan sambutan

Warna warni sempena Bulan Kemerdekaan

>> Sila klik untuk lihat gambar-gambar yang lain di facebook SK Dendang