Sekolah Kebangsaan Dendang bermula dengan sebuah sekolah rakyat yang diasaskan oleh
Allahyarham Tuan Haji Muhammad Bin Tahir. Ketika itu lokasinya ialah di sebuah perkampungan awal dipinggir sungai.
Mulai tahun 1956, tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dengan terbinanya satu blok bangunan yang diperbuat
daripada kayu.
Untuk kemudahan tenaga pengajar, dua unit rumah guru telah
dibina bersama-sama blok kayu tersebut.
Pada tahun 1984, satu blok bangunan kilat telah dibina bagi
menampung kapasiti murid yang makin bertambah manakala satu blok kantin dibina
pada tahun 1986.Menjelang sesi persekolahan 1988 bermula, sekolah ini
mendapat pula satu blok bangunan kelas serta pejabat yang siap dibina pada
tahun 1987.
Pada tahun 1997, sekolah ini mendapat satu blok bangunan 3
tingkat. Ruang bangunan ini telah dapat digunakan pada awal tahun 1998. Kerja-kerja meroboh struktur bangunan yang dibina pada tahun
1956 hingga 1986 dimulakan pada Ogos 2009 untuk pembinaan satu blok bangunan 4
tingkat dan satu blok bangunan kantin. Alhamdulillah bangunan tersebut telah
diduduki mulai 20 Jun 2011.
|
Gambar Bangunan SK Dendang |
No comments:
Post a Comment