Monday, October 31, 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 PADA 18 - 20 OKT 2016

Kejohanan ini merupakan medan  terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat  pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang  dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.


Majlis Perasmian Oleh Tuan Guru Besar En. Abdullah Bin Salleh

Kontinjen Rumah-rumah Sukan 2016
Larian 100meter Lelaki
Penyampaian Hadiah Pada Pemenang.

>>Sila Klik Facebook SK Dendang untuk lihat gambar seterusnya