Monday, August 3, 2015

Sambutan Hari Raya 2015

Assalamualaikum...W.B.T..
SK Dendang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada hari Sabtu, 25 Julai 2015. Majlis ini berlangsung dengan jayanya di Dewan Gemilang. Sambutan Hari Lahir pada bulan  Julai, Ogos & September untuk ahli KEGUKAS turut diadakan pada hari tersebut. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir & batin.

Kemeriahan hari raya di SK Dendang
Gelagat warga SK Dendang..
Makanan yang disediakan pada majlis Hari Raya
Sambutan Hari Lahir pada bulan Julai hingga September untuk ahli KEGUKAS
Yang diraikan pada Majlis sambutan Hari Lahir. Selamat Hari Lahir!

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang 

Thursday, May 21, 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Assalamualaikum...W.B.T..
SK Dendarng telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari Isnin, 18 Mei 2015. Majlis ini berlangsung dengan jayanya di Dewan Gemilang. Sambutan Hari Lahir untuk ahli KEGUKAS turut diadakan pada hari tersebut. Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Selamat Hari Guru kepada semua Guru SK Dendang. Saya Sayang Cikgu Saya!.

Hadiah, Kek dan Backdrop untuk Hari Guru

Sesi bertukar hadiah & hadiah dari KEGUKAS

Sesi bertukar hadiah & hadiah dari KEGUKAS

Sesi bertukar hadiah & hadiah dari KEGUKAS

Sesi bertukar hadiah & hadiah dari KEGUKAS

Persembahan murid, acara sukaneka & Tokoh Guru

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

Thursday, April 16, 2015

Sambutan Hari Lahir Bulan Jan, Februari & Mac

Pada 6 April 2015, Kelab Guru & Kakitangan (KEGUKAS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Bulan Jan, Februari & Mac untuk guru dan kakitangan SK Dendang. Seramai 11 orang yang diraikan pada majlis tersebut. Selamat hari lahir diucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dalam rahmat dan bimbingan Allah. Semoga pertambahan usia selari dengan kematangan diri dari segala aspek, bertambahnya ilmu pengetahuan dan meningkatnya amal kebaikan.

Menu utama mee celup

Kek hari lahir

Selamat hari lahir...

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

Tuesday, April 14, 2015

Perlawanan Hoki Peringkat Zon Bukit Besi

Pada 7 April 2015, SK Dendang telah menjadi tuan rumah perlawanan hoki peringkat zon Bukit Besi. Perlawanan ini disertai SK Dendang, SK Bukit Besi dan SK Jongok Batu. Perlawanan ini diadakan di Padang SMK Jerangau kerana kemudahan padang di SK Dendang tidak lengkap. Keputusan perlawanan, SK Bukit Besi menyandang johan untuk hoki lelaki dan hoki perempuan manakala SK Dendang menjadi naib johan manakala untuk hoki lelaki dan SK Jongok Batu menjadi naib johan untuk hoki perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Pasukan perempuan SK Dendang

Perlawanan hoki sedang berlangsung antara SK Dendang (oren) dan SK Bukit Besi(putih)
Sesi taklimat sebelum perlawanan

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

Sunday, March 8, 2015

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber & Ketua Kelas/Penolong Kelas Peringkat Sekolah Tahun 2015

Program ini berlangsung pada hari Isnin, 26 Januari 2015 di Dewan Gemilang, Sk Dendang. Program ini dirasmikan oleh YB Roslee Bin Daud (Adun Bukit Besi).
Ketibaan YB Roslee bin Daud
YB Roslee Bin Daud merasmikan Majlis Watikah Pengawas

Gimik Perasmian
Barisan Pengawas, Pengawas Pustaka dan Ketua/Penolong Kelas

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang



Thursday, March 5, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Januari 2015.
Sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Parurozi
Murid-murid tekun mendengar ceramah
Pertandingan mewarna

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

PROGRAM PRIHATIN KAUNSELING SST PERDANA PASCA BANJIR

Program ini berlansung pada 15 Januari dan seramai 9 orang guru kaunseling terlibat untuk menjayakan Program Prihatin Kaunseling SST Perdana Pasca Banjir kepada murid mangsa banjir Negeri Terengganu. seramai 104 murid terlibat.

Murid mendengar taklimat sebelum dipecahkan kepada 9 kumpulan
Barisan kaunselor dari JPNT
Sesi kaunseling berlansung
Sesi kaunseling di kelas prasekolah
>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang



Tuesday, March 3, 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 BAGI TAHUN 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG

Program Transisi ini bermula dari 11 Januari hingga 22 Januari 2015.

Hari Pertama Persekolahan ( Perhimpunan Sekolah)

Murid Tahun 1 di perhimpunan sekolah
Murid Tahun 1 sedang mengaminkan doa
Proses Pembelajaran Yang Di Jalankan Semasa Program Transisi ( Di Dalam Kelas)

Pembelajaran di dalam kelas
Aktiviti Sukan Dan Permainan ( Program Transisi)

Murid Tahun 1 tengah bersukan
Aktiviti Mewarna ( Program Akhir Transisi)

Murid Tahun 1 sedang mewarna
>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang


Thursday, January 8, 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum...
Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Dendang. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Insha Allah. Janji Allah itu pasti.

Gambar sekitar Tahun 2014.

Banjir di SK Dendang
Banjir 2014
>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang

Keputusan UPSR 2014
Keputusan UPSR 2014

>> Sila klik untuk lihat gambar di facebook SK Dendang