Thursday, March 30, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Ke 32

SK Dendang – Pada 17 hb Mac 2017 (Jumaat), satu Mesyuarat Agung PIBG Ke 32 telah diadakan di Dewan Gemilang SKDD tepat pada pukul 9.00 pagi.

Seawal jam 8.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.

Ketibaan YB TN. HJ Roslee Bin Daud diiringi oleh Guru Besar iaitu En. Abdullah Bin Salleh serta barisan-barisan GPK dan jawatankuasa PIBG sekitar jam 9.15 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Parurozi Bin Yaacob.



klik untuk lihat lebih banyak gambar lagi:
https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10154708048119531

Tuesday, March 7, 2017

PENYAMPAIAN INISIATIF DARI UNIT KEBAJIKAN SEKOLAH

Pada 06 Mac 2017 Cikgu Hazliza Binti Mat selaku JK Unit Kebajikan Sekolah bersama-sama Guru Kelas Tahun 2 Cikgu Norhaida Shaari dan ditemani oleh Ustazah Ra'abi'ah Binti Khalid.

Sumbagan disampaikan kepada Ibu Adik Adib Nazran Bin Johaidi oleh Cikgu Hazliza selaku JK Unit Kebajikan.

Tabung kutipan Derma ini telah dilancarkan sebaik sahaja pihak sekolah menerima berita dari ibu bapa adik Adib. Adib dimasukan ke Hospital Sultanah Nur Zahira kerana mengalami kecederaan yang serius iaitu tangan adik Adib patah kerana terjatuh ketika mengambil air sembahyang di surau SK Dendang..





Wednesday, March 1, 2017

MAJLIS PERPISAHAN GPK 1, GPK HEM DAN GURU PEMULIHAN SKDD

Majlis ini telah diadakan di Hotel Qamar, Paka Terengganu.. Dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan ( KEGUKAS) SKDD.. Yang diraikan adalah En. Zamri Bin Abu Bakar ( GPK 1) bertukar ke SK LKTP, Jerangau, Puan Rosni Binti Hj Awi ( GPK HEM ) bertukar ke SK Jerangau dan Puan Marina Abidin bertukar ke SK Tanjung PATI..




Sila klik line dibawah jika ingin melihat lebih banyak gambar lagi
https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10154616699819531