Thursday, March 30, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Ke 32

SK Dendang – Pada 17 hb Mac 2017 (Jumaat), satu Mesyuarat Agung PIBG Ke 32 telah diadakan di Dewan Gemilang SKDD tepat pada pukul 9.00 pagi.

Seawal jam 8.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.

Ketibaan YB TN. HJ Roslee Bin Daud diiringi oleh Guru Besar iaitu En. Abdullah Bin Salleh serta barisan-barisan GPK dan jawatankuasa PIBG sekitar jam 9.15 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Parurozi Bin Yaacob.



klik untuk lihat lebih banyak gambar lagi:
https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10154708048119531

No comments:

Post a Comment