Sunday, November 17, 2019

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKDD 2019

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Dendang di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 3 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di Kawasam Sekolah Kebangsaan Dendang, Dungun. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di Dewan sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.

Tarikh / Hari kejohanan
Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:
Hari       : Khamis dan Jumaat 
Tarikh  : 14 dan 15 November 2019




klik disini untuk melihat lebih banyak gambar : https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10157127657124531


No comments:

Post a Comment