Tuesday, August 9, 2016

Sambutan Hari Raya Tahun 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Julai 2016 di Dewan Gemilang SK Dendang. Majlis ini melibatkan seluruh warga sekolah untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Kemuncak majlis pada kali ini menyelitkan majlis perpisahan guru iaitu Cikgu Abu Seman Bin Mat Salleh, YM Abi Ghufran Bin Syed Ahmad dan Rabiatul Nasuha Bin Mohd Jali. Salam Aidilfitri dari warga SK Dendang. #SyukurSelalu
Pembahagian duit raya kepada pelajar SK Dendang

Sambutan Hari Raya di SK Dendang
Kemeriahan Syawal masih dirasai
Sambutan Hari Lahir untuk Bulan Julai. Selamat Hari Lahir buat Cikgu Haida, Cikgu Aishah, Cikgu Abu & Ustaz Parurozi.
Majlis Perpisahan buat Cikgu Abu Seman Bin Mat Salleh yang bertukar ke SK Gong Pasir, Ustaz Syed Abi Ghufran Bin Syed Ahmad yang bertukar ke SK Wakaf Mempelam dan Ustazah Rabiatul Nasuha Bin Mohd Razali menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Kafa dan bertugas di Yayasan Islam Terengganu sebagai Penyelia Kafa.

>> Sila klik untuk lihat gambar-gambar yang lain di facebook SK Dendang

No comments:

Post a Comment