Tuesday, August 30, 2016

MAJLIS PELANCARAN 40 HARI MENJELANG UPSR & LINUS 2.0 T-Care

Pada 27 Julai 2016, SK Dendang telah mengadakan Majlis Pelancaran 40 Hari Menjelang UPSR & LINUS 2.0 T-Care bertempat di Dewan Gemilang, SK Dendang.

Program 40 Hari Menjelang UPSR
Program ini dijalankan di peringkat sekolah dan turut menjemput Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, semua ibubapa dan murid. Program Motivasi turut diadakan oleh Pegawai PPD Dungun. Kata-kata hikmah dan banner ditampal di kawasan sekolah untuk menyuntik semangat kepada murid Tahun 6. Bacaan yassin tiap-tiap pagi dan kelas tambahan petang dan malam berfokus turut diadakan sebagai persediaan terakhir sebelum UPSR.

LINUS 2.0 T-Care
LINUS2.0 T-Care ialah satu intervensi yang diperkenalkan oleh JPNT (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu) untuk memperkasakan Program LINUS 2.0 Kementerian Pelajaran Malaysia. T-Care membawa maksud T- Terengganu dan Care - loghat terengganu - jaga / cakna / ambil berat. Program LINUS diperluaskan skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun ini dan dikenali sebagai program LINUS 2.0. ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi Bahasa Inggeris dikalangan murid Tahap 1.

Matlamat LINUS T-Care ialah supaya semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhirnya persekolahan tahap 1. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012

Program sedang bermula
Pegawai PPD Dungun yang merasmikan Program Pelancaran 40 Hari Menjelang UPSR & LINUS 2.0 T-Care
Perasmian program
Ikrar murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR
Penyampaian Sjil kepada guru yang terlibat untuk LINUS 2.0 T-Care kepada guru & murid yang terlibat
Penyampaian Sjil kepada guru yang terlibat untuk LINUS 2.0 T-Care kepada guru & murid yang terlibat

No comments:

Post a Comment