Pada 19 September 2019, Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2019 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Tuan Hj. Ahmad Soffe Bin Mahmud, Guru Besar SK Dendang. Objektif majlis ini diadakan adalah supaya anak-anak muda mengingati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjuang demi mendapatkan kemerdekaan negara.
Para pemenang telah menerima hadiah bagi setiap pertandingan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan. Sebagai penutup majlis, seluruh warga SK Dendang telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat cinta akan negara..
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SK Dendang, NYDP PIBG, AJK PIBG dan Ibu Bapa yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019..
klik disini untuk lihat gambar yang lain: https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10156966181079531
No comments:
Post a Comment