Cara Daftar Murid Ke Prasekolah KPM Tahun 2021 Secara Online Dan Manual. Bila tarikh buka dan tutup permohonan kemasukan Prasekolah 2021 KPM? Panduan buat Ibu Bapa
atau penjaga yang mempunyai anak atau jagaan yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017. Anda boleh membuat pendaftaran kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bagi tahun prasekolah 2021 bermula tarikh 1 Mac 2020
Terdapat 2 kaedah permohonan Prasekolah iaitu secara dalam talian dan secara pengisian borang secara manual melalui sekolah yang dimohon. Sistem aplikasi e-Prasekolah online yang dibangunkan oleh KPM akan memudahkan ibubapa atau penjaga dalam mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian sekaligus memudahkan dan menjimatkan masa.
Borang Pendaftaran Permohonan Secara Online/ Manual Untuk Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2021
Berikut dikongsikan panduan cara membuat pendaftaran permohonan kemasukan Prasekolah 2021 KPM. Ibu bapa atau penjaga kini mempunyai dua pilihan dalam mendaftarkan anak/ jagaan ke kelas prasekolah tahun 2021 iaitu secara online atau manual
Tarikh Permohonan Prasekolah 2021
- 1 Mac hingga 30 April 2020 ( Secara atas talian )
- 1Mac hingga 31 Mei 2020 ( Secara Manual )
Tarikh Permohonan Prasekolah 2020
- 1 Mac hingga 30 April 2019 ( Secara atas talian )
- 1Mac hingga 31 Mei 2019 ( Secara Manual )
Ibu bapa atau penjaga adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan kemasukan mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan diatas bagi mengelak sebarang masalah dalam permohonan.
Aplikasi Sistem Pendaftaran dan Permohonan Pra Sekolah Online 2021
Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah boleh diakses melalui pautan berikut:
- e-Prasekolah
- Pengguna yang baru ( Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu ( Daftar Pengguna ) untuk mengakses sistem borang permohonan online.
- Hanya ibubapa/penjaga sahaja dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
Untuk mendapatkan panduan penggunaan, pemohon boleh merujuk kepada
- Manual Pengguna Sistem Permohonan E-Prasekolah
- Semua maklumat lengkap ada terdapat dalam manual. Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Berikut adalah proses permohonan murid ke Prasekolah KPM secara online buat panduan pemohon:
Permohonan Prasekolah Secara Manual
Ibubapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila hadir sendiri ke sekolah yang ingin dipohon bermula dari tarikh buka dan tutup permohonan yang dinyatakan. Carian senarai sekolah hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah.
Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM
Sebelum memohon, sila pastikan anak/jagaan anda melepasi syarat permohonan seperti berikut:
- Kanak-kanak berwarganegara malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hinggan 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
- Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
Maklumat Lanjut Pendaftaran Murid Ke Prasekolah 2021
Ibubapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian ( Online) perlu mencetak bukti borang permohonan online berkenaan. Borang perlu dihantar beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2020.
Semakan status Keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama ( e-Prasekolah ) pada tarikh 5 Ogos 2020 ( Tertakluk kepada perubahan )
Untuk Bantuan Helpdesk, sila rujuk atau hubungi :-
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( Sektor Penggurusan Prasekolah )
- Jabatan Pendidikan Negeri ( Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah )
- Pejabat Pendidikan Daerah ( Pegawai Prasekolah )
Atau. Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my
Selamat membuat pendaftaran permohonan murid untuk kemasukan Prasekolah KPM sesi 2021 online dan manual. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan kemasukan Prasekolah tahun 2021.
No comments:
Post a Comment