Monday, July 13, 2020

LAWATAN PENANDA ARAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA & AJK SK DENDANG KE SK LADANG GAJAH MATI, DUNGUN TERENGGANU.


Pada 13 Julai 2020 Rombongan Lawatan Penanda Aras guru-guru SK Dendang ke SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu. Rombongan ini telah diketuai oleh Cg Norhatikah Binti Abdullah  yang merupakan Guru Perpustakaan Media di SK Dendang. Turut hadir bersama ialah Guru Besar Tuan Haji Ahmad Soffe bin Mahmud, Penolong Kanan Pentadbiran Cg Azaizuddin Bin Ismail@Abdullah.  Seramai 14 orang guru yang merupakan AJK Pusat Sumber Sekolah SK Dendang   turut menyertai lawatan tersebut.

Program Penanda Aras merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk mempelajari budaya kerja dan strategi cemerlang sesebuah organisasi.

Antara objektif lawatan mereka adalah seperti berikut :

OBJEKTIF

  • Meningkat kecemerlangan dan budaya kerja dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media.
  • Membuka ruang kepada semua pihak untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berfikir dengan membina rangkaian persahabatan dan kerjasama pendidikan dengan rakan sealiran.
  • Menghasilkan GPM yang mantap, berdaya saing (Kompetitif) dan tahan lasak (resilient) dalam menghadapi cabaran Global.
  • Membuka minda kepimpinan dan pengurusan GPM dengan mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.
  • Meningkatkan kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah


Sehubungan dengan itu, program  penanda aras ini diharap akan lebih memantapkan hubungan baik sesama Guru Perpustakaan Media dan AJK Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja itu, secara langsung akan membuka ruang perkongsian pengurusan Pusat Sumber dan pengalaman pendidikan yang efektif. Melalui program ini juga peserta program dapat berkolaborasi dalam meningkatkan kemahiran kendiri Guru Perpustakaan Dan Media melalui pertukaran pengalaman dan kajian pembangunan Pusat Sumber secara lebih terancang dan profesional.

Warga SK Dendang mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu kerana sudi menerima rombongan dari pihak kami .


DiHadapan Mercu Tanda SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu


Perkongsian Maklumat dalam Skop Pentandingan PSS Sekolah




 Penyampaian Cenderahati Guru Besar SK Ladang Gajah Mati Kepada Guru Besar SK Dendang


Penyampaian Cenderahati Guru Besar SK Dendang Kepada Guru Besar SK Ladang Gajah Mati, Dungun Terengganu

No comments:

Post a Comment