Hasil kerja keras semua cikgu-cikgu SK Dendang yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Soffe bin Mahmud ( Guru Besar ) dan barisan Pentadbiran SK Dendang.
Monday, November 30, 2020
Tuesday, September 22, 2020
PROGRAM BUBUR ASYURA ( SARANA SEKOLAH DAN IBU BAPA )
Pada hari Selasa 22 September 2020 SK Dendang bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asyura dengan kerjasama daripada PIBG SK Dendang.Hari Asura atau sering kita kenal dengan hari Asyura (Bhs. Arab), adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada hari tersebut Allah SWT telah menentukan banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan agama tauhid.
klik disini untuk melihat lebih banyak gambar semasa program berlangsung : https://www.facebook.com/media/set?vanity=PageSKDendang&set=a.10158055157094531
Sunday, September 20, 2020
SAMBUTAN KEMERDEKAAN DALAM NORMAL BARU 2020
Hari
Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal
menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Kementerian Pendidikan Malaysia, antara
agensi utama kerajaan, perlu mendidik dan membina generasi muda supaya mereka
mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.
klik disini untuk melihat lebih banyak gambar di sepanjang program hari kemerdekaan : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=PageSKDendang&set=a.10158036554634531
Tuesday, July 28, 2020
2020 - MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH
Monday, July 13, 2020
LAWATAN PENANDA ARAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA & AJK SK DENDANG KE SK LADANG GAJAH MATI, DUNGUN TERENGGANU.
- Meningkat kecemerlangan dan budaya kerja dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media.
- Membuka ruang kepada semua pihak untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berfikir dengan membina rangkaian persahabatan dan kerjasama pendidikan dengan rakan sealiran.
- Menghasilkan GPM yang mantap, berdaya saing (Kompetitif) dan tahan lasak (resilient) dalam menghadapi cabaran Global.
- Membuka minda kepimpinan dan pengurusan GPM dengan mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.
- Meningkatkan kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah
Warga SK Dendang mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu kerana sudi menerima rombongan dari pihak kami .
Monday, April 13, 2020
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
- Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
- Komitmen komuniti yang padu.
- Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
- MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
- Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
- Memantapkan kepimpinan sekolah.
- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
- Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Monday, March 9, 2020
PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021 KPM ONLINE
- 1 Mac hingga 30 April 2020 ( Secara atas talian )
- 1Mac hingga 31 Mei 2020 ( Secara Manual )
- 1 Mac hingga 30 April 2019 ( Secara atas talian )
- 1Mac hingga 31 Mei 2019 ( Secara Manual )
- e-Prasekolah
- Pengguna yang baru ( Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu ( Daftar Pengguna ) untuk mengakses sistem borang permohonan online.
- Hanya ibubapa/penjaga sahaja dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
- Manual Pengguna Sistem Permohonan E-Prasekolah
- Semua maklumat lengkap ada terdapat dalam manual. Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan.
- Kanak-kanak berwarganegara malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hinggan 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
- Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( Sektor Penggurusan Prasekolah )
- Jabatan Pendidikan Negeri ( Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah )
- Pejabat Pendidikan Daerah ( Pegawai Prasekolah )
Login Sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2021 / 2022
sila klik link ni untuk mendaftar tahun 1 2021/2022 : https://public.moe.gov.my/