Sunday, October 13, 2019

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KE 21-2019

Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-21, 2019
Khamis, 10 Oktober 2019 SK Dendang telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-21 bertempat di padang sekolah. Sebanyak Lima buah kontinjen menyertai kejohanan sukan ini iaitu Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Kuning dan kontijen Prasekolah.

Acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu 50m,60m,dan 80m. Sehari sebelum telah diadakan acara Lontar Peluru Terbuka, Lompat Jauh Terbuka dan Lompat Tinggi Terbuka. Selain itu acara sukanera peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari tersebut.

Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh adik Muhammad Raziq Solehin Bin Zakman. Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Rosman Bin Mat Taib diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Cg Mohd Ridhuan Bin Ishak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKDD.








No comments:

Post a Comment