Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib
dilaksanakan di setiap sekolah.. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di
sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai
budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah,
menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai
sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Januari tahun ini, SK Dendang,Dungun Terengganu telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program dijalankan bertemakan “ Sambutan Hari Jadi”.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini ialah:
- Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid.
- Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi )
- Program Mentor Mentee
Sila klik line dibawah untuk lihat lebih banyak gambar..
https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10154517394189531
No comments:
Post a Comment