Wednesday, January 25, 2017

PROGRAM GURU PENYAYANG


Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah.. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Januari tahun ini, SK Dendang,Dungun Terengganu telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program dijalankan bertemakan “ Sambutan Hari Jadi”.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini ialah:
  1. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid.
  2. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi )
  3. Program Mentor Mentee










Sila klik line dibawah untuk lihat lebih banyak gambar..
https://www.facebook.com/pg/PageSKDendang/photos/?tab=album&album_id=10154517394189531

PENYAMPAIAN INISIATIF UNIT KEBAJIKAN

Pada 24 Januari 2017 unit kebajikan SK Dendang telah memberi sumbangan hasil dari derma murid-murid dan guru-guru SK Dendang..

Sumbagan disampaikan kepada Adik Haizad Oleh Guru Kelas Tahun 6 Iaitu Puan Hazliza Binti Mat dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Hem Puan Fazidah Binti Mohamad dan Ustaz Mohd Parurozi Bin Yaacob..



Tuesday, January 24, 2017

PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1


Bermula dari 01 Januari 2017 - 12 Januari 2017

Semua Guru Tahun 1





Ingin melihat lebih banyak gambar.. Sila klik line dibawah:

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


Pada 12 Januari 2017 SK Dendang dengan kerjasama RELA Kg. Dendang telah mengadakan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah..

Para pelajar berkumpul seawal 7.30pagi di Dewan Gemilang SK Dendang dan diberi taklimat ringkas terlebih dahulu oleh Penolong Kanan Kokurilukm En. Hazanizam Bin Hassim. 





Guru Pengiring PK Kokurikulum ( En. Hazanizam Bin Hassim )


Johan Tahun 6 ( Lelaki )



Johan Tahun 6 ( Perempuan )




Mahu Melihat lebih banyak Gambar..sila klik line dibawah..