Tuesday, September 3, 2013

Ihtifal Aidilfitri

Assalamualaikum..
Majlis Ihtifal Aidilfitri SK Dendang telah diadakan pada hari Isnin, 26 Ogos 2013 bertempat di Dewan Gemilang. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada warga SK Dendang yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Di sini disertakan beberapa keping gambar sempena program Ihtifal Aidilfitri.

Latar belakang program
Guru melayan pelajar untuk mengambil makanan
Tetamu disajikan dengan buah-buahan tempatan
Guru Besar bergambar dengan tetamu

>> Sila klik facebook SK Dendang untuk gambar-gambar lain