Sekolah telah mengadakan satu ceramah berkenaan Israk Mikraj dan disampaikan oleh penceramah jemputan sebagai memperingati peristiwa itu.
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Israk Mikraj 1432H
Harini merupakan tarikh dimana jatuhnya hari Israk dan Mikraj.
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Monday, June 20, 2011
Bangunan Baru Sekolah Telah Dibuka
Selepas menunggu hampir setengah tahun bangunan sekolah siap, akhirnya dapat juga diduduki secara rasminya hari ini.
Bangunan setinggi 3 tingkat ini dijadikan sebagai pejabat dan bilik mesyuarat di tingkat 1. Di tingkat 2 pula terdapat bilik guru dan kelas murid tahun 1 dan 2 manakal di tingkat 3 pula kelas murid tahun 3,4,5 dan 6.
Selain itu, kantin sekolah dan pondok pengawal keselamatan juga telah dibina sekali dengan bangunan sekolah ini.
Wednesday, June 15, 2011
Lawatan Pesta Buku TTC 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)