Tuesday, November 15, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011



PENERIMA ANUGERAH

HADIAH KECEMERLANGAN


PERSEMBAHAN SELINGAN

VVIP JEMPUTAN

IBUBAPA TEKUN MENDEGAR

PERASMIAN OLEH YB DIN BIN ADAM

UCAPAN GURU BESAR

SUMBANGAN DUIT RM100 UNTUK SETIAP MURID


PENYAMPAIAN HADIAH

Thursday, November 10, 2011

Jamuan Akhir Tahun Murid Tahun 6 2011

Di adakan bagi meraikan murid Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah untuk pergi ke alam sekolah menengah. Majlis telah diadakan di KFC bandar Dungun.





Jamuan

Wednesday, November 2, 2011

Lawatan ke Melaka






Lawatan ke Melaka ini merupakan aktiviti untuk murid-murid KPBP menambahkan pengetahuan tentang sejarah penjajahan di Tanah Melayu.

Monday, September 19, 2011

"Rumah Terbuka Raya" SK Dendang

Sambutan rumah terbuka SK Dendang kali ini telah diadakan di Dewan Gemilang SK Dendang. Turut dijemput warga PPD Dungun.











Wednesday, August 3, 2011

Pelancaran Kain Rentang 40hari Sebelum UPSR




Program ini telah diadakan di dewan SK Dendang dan merupakan program yang dianjurkan serentak diseluruh negara. Program ini dijayakan oleh guru, kakitangan dan juga murid2 tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak lama lagi.


Tuesday, August 2, 2011

Tayangan Video Kisah Nabi dan Para Sahabat


Program yang pertama kalinya diadakan sempena bulan Ramadhan. Ditayangkan setiap hari Ahad-Rabu waktu rehat 9.45pagi hingga 10.30pagi di Bilik J-Qaf. Guru yang bertugas pada hari tayangan akan mengendalikan tayangan ini mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan menjadi bulan penyatuan di antara seluruh umat islam, dalam menunaikan kewajipan berpuasa serta menahan sabar dari makan dan minum serta mneghindarkan diri dari hawa nafsu.

Hikmah Puasa Ramadhan ialah, kita dapat membersihkan rohani dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dan sebagainya.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia



Harini telah berlangsung larian 1Murid 1Sukan secara serentak di seluruh negara. Seramai 120 orang murid dan 23 orang guru serta 10 orang staf telah bersama2 menjayakan larian ini. Tepat jam 7.45 pagi kesemua mereka ini dilepaskan secara serentak oleh Tuan Guru Besar.



Larian ini buat julung kali diadakan sebagai satu acara tahunan. Selepas larian, mereka semua bergotong royong membersihkan persekitaran sekolah.



Thursday, June 30, 2011

Ceramah Israk Mikraj 2011


Sekolah telah mengadakan satu ceramah berkenaan Israk Mikraj dan disampaikan oleh penceramah jemputan sebagai memperingati peristiwa itu.


Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj 1432H

Harini merupakan tarikh dimana jatuhnya hari Israk dan Mikraj.
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Monday, June 20, 2011

Bangunan Baru Sekolah Telah Dibuka





Selepas menunggu hampir setengah tahun bangunan sekolah siap, akhirnya dapat juga diduduki secara rasminya hari ini.

Bangunan setinggi 3 tingkat ini dijadikan sebagai pejabat dan bilik mesyuarat di tingkat 1. Di tingkat 2 pula terdapat bilik guru dan kelas murid tahun 1 dan 2 manakal di tingkat 3 pula kelas murid tahun 3,4,5 dan 6.

Selain itu, kantin sekolah dan pondok pengawal keselamatan juga telah dibina sekali dengan bangunan sekolah ini.

Wednesday, June 15, 2011

Lawatan Pesta Buku TTC 2011


Seramai 39 murid dan 6 orang guru pengiring mengikuti program lawatan pesta buku ini.
Selain Planetarium, murid2 juga dibawa melawat tempat2 menarik lain lagi termasuklah Muzium Negeri, Masjid Kristal, Bukit Puteri, Pasar Payang, Pantai Teluk Ketapang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011


ucapan oleh Guru Besar


bacaan ikrar nyanyian lagu guru malaysia


tokoh guru lelaki 2011 tokoh guru perempuan 2011


perlawanan bola sepak dan bola jaring antara murid2 dengan cikgu


persembahan daripada murid-murid


Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.
Sempena hari guru ni, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya perlawanan bola sepak antara guru/staf dan murid, bola jaring, nasyid dan persembahan nyanyian oleh murid2.
Semoga aktiviti ini dapat menceriakan guru dan mengeratkan lagi hubungan guru staf dan murid.
Terima Kasih Cikgu!